Sunday, March 13, 2011

~ Doa Yang Dilupakan ~

Mari berkongsi

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Monday, April 12, 2010

Fancy Cookies

Hasil pertama...



Tempahan dr kawan2...

Sesuai utk diberikan kepada buah hati


Tempahan dari teman sekerja


ini pula tempahan dari teman sekerja buat kali ke3...beliau mmg suka sgt dgn biskut

Buttermilk cookies



Saturday, March 20, 2010

Elmo & Spongebob Cookies

Tempahan kali ini diterima dari Haja, teman dari KLJ. She requested Elmo cookies (+ any cartoon design yg bebudak suka) for her doter's 1st birthday. So saya buatkan untuknya Elmo & Spongebob - Elmo untuk Irsa dan spongebob utk mummynya coz as i remember, Haja ni mmg peminat tegar spongebob (masa dolu2 la...now tatau la after dapat big teddy bear heheh...gurau je jgn ambil hati ye Haj)



sian dia kene kurung...

Wednesday, March 17, 2010


Elmo yg kesedihan sbb sorang2

Stop at daporkita.blogspot.com


Seronoknya dia dh ramai kawan2


Saturday, March 13, 2010

Resepi Minggu ini

Jom kita sama-sama layan pizza...resepi ni saya dapat dari seorang teman. Amat mudah untuk dibuat...

Bahan2 yang diperlukan:

~ 230gm tepung gandum (superfine lg bagus)

~ 2 sudu teh mauripan (kalau guna tepung superfine hanya 1 sudu saja)

~ 1 sudu besar saja butter yg diperlukan..bukan seketul mcm di atas ye...
~ Air suam 100ml
~ Gula 1 sudu
~ Garam 1 sudu
~ Susu tepung 1 sudu

Cara membuatnya:

~ Gaulkan mauripan bersama tepung.
~ Kemudian masukkan butter,susu, gula dan garam. Gaul hingga sebati.
~ Masukkan air suam dan uli sehingga doh tidak melekat di jari.
~ Biarkan selama lebih kurang 30minit kemudian uli doh dan canaikan mengikut bentuk yag dikehendaki.

Topping :

~ Sapukan tomato paste diatas doh pizza
~ Tabur oregano
~ Tabur ayam/daging cincang
~ Tabur cili banggala, nenas n tomato yang dipotong dadu
~ Tabur keju mozarella dan cheddar
topping bole di ubah mengikut selera masing2

Bakar dalam ketuhar selama 20min dgn 160c

Inilah rupa doh yg siap diuli

Ini pula rupa doh yang dibiarkan selama 1 jam. Naik sedikit dan ringan.

Tadaaaa...dah siap dibakar

Dah nk abis pon..maap ye...di makan bersama krim ayam

Selamat mencuba